Bilakah Al-Quranul Karim dikumpulkan dan siapakah yang menghimpunkannya?
Kod: 260553 Tanggal: 2011/08/19Sumber: ABNA.coprint

Bilakah Al-Quranul Karim dikumpulkan dan siapakah yang menghimpunkannya?


 Bilakah Al-Quranul Karim dikumpulkan dan siapakah yang menghimpunkannya?

Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan sejarah pengumpulan Al-Quran iaitu di zaman manakah ia dikumpulkan dan siapakah yang mengarahkan ia dikumpulkan. Pandangan yang berbeza tersebut ialah:

1.    Di zaman Rasulullah (s.a.w)
2.    Di zaman Abu Bakar
3.    Di zaman Umar bin Al-Khattab
4.    Bermula dari zaman Abu Bakar dan selesai di zaman Umar.
5.    Di zaman Uthman.

Beberapa ulama mutakhir yang menerima pandangan pertama:

Pandangan yang benar ialah yang pertama di mana ramai ulama menerimanya seperti berikut:

1.    Ayatullah Al-Khui dalam perkara ini berusaha bersungguh-sungguh menyanggah pendapat yang lain sebagai bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah dan akal. – Tafsir Al-Bayan, halaman 162.

2.    Allamah Al-Rafi’i berkata:

وللنبي ( صلى الله عليه وآله ) صحابة كانوا يكتبون القرآن إذا انزل ، إما بأمره أو من عند أنفسهم تاما وناقصا . وأما الذين جمعوا القرآن بتمامه بالاتفاق فهم خمسة .
 إعجاز القرآن : ص 36 .

Nabi mempunyai sahabat yang menulis Al-Quran ketika ia diturunkan, samada dengan perintah baginda atau mereka sendiri melaksanakannya dengan sempurna atau tidak. Adapun mereka yang mengumpulkan Al-Quran dengan sempurna ialah lima orang (Setelah itu beliau menyatakan nama-nama mereka). – A’jaz Al-Quran, halaman 36.

3.    Al-Syaikh Manna’ Al-Qattan mengatakan:

 قد عرفنا أن القرآن كان مكتوبا من قبل، في عهد النبي ( صلى الله عليه وآله ) ولكنه كان مفرقا في الرقاع والأكتاف والعسيب ، فأمر أبو بكر بجمعه في مصحف واحد - إلى أن قال : - فكان أبو بكر أول من جمع القرآن بهذه الصفة في مصحف .
 مباحث في علوم القرآن لمناع القطان : ص 74 .

Kita tahu sesungguhnya Al-Quran sudah tertulis di zaman Nabi (s.a.w), namun dalam bentuk berpisah-pisah pada kertas, tulang dan kulit pohon kurma. Maka Abu Bakar mengarahkan pengumpulannya dalam satu naskah sehingga dikatakan: Abu Bakar orang yang pertama mengumpul Al-Quran bentuk ini dalam mushaf. – Mabahits fi Ulum Al-Quran, li Manna’ Al-Qattan, halaman 74.

Kata-kata beliau jelas menunjukkan bahawa Al-Quran wujud di zaman Nabi (s.a.w) namun bukan dalam bentuk naskah kertas seperti sekarang. Kata-kata Manna’ ini bertentangan dengan mereka yang mendakwa bahawa Al-Quran dihafal oleh para sahabat, namun mula dikumpulkan apabila para penghafal mati Syahid.

4. Al-Zarqani pula mempercayai bahawa penghimpunan Al-Quran bukanlah satu perkara yang tidak pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah (s.a.w), dan para sahabat mengumpul semula setelah kewafatan baginda; bahkan Rasulullah menerangkan suatu kaedah iaitu menulis ayat-ayat Al-Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehinggalah kewafatan baginda. Al-Zarqani mengatakan:

 قال الإمام أبو عبد الله المحاسبي في كتاب   فهم السنن   ما نصه : كتابة القرآن ليست بمحدثة ، فإنه ( صلى الله عليه وآله ) كان يأمر بكتابته ، ولكنه كان مفرقا في الرقاع والأكتاف والعسب ، فإنها أمر الصديق بنسخها من مكان إلى مكان مجتمعا ، وكان ذلك بمنزلة أوراق وجدت في بيت رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) فيها القرآن منتشرا ، فجمعها جامع وربطها بخيط ، حتى لا يضيع منه شئ .
مناهل العرفان : ج 1 ص 242 .

Imam Abu Abdullah Al-Muhasabi di dalam kitabnya “Fahm Al-Sunan” berkata: Penulisan Al-Quran bukanlah perkara baru, sesungguhnya baginda (s.a.w) telah mengarahkan penulisannya, namun secara berpisah-pisah di atas kertas-kertas, tulang-tulang, kulit pohon kurma. Al-Siddiq (Abu Bakar) mengarahkan penulisannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara satu himpunan seperti kertas-kertas di dalam rumah Rasulullah yang berpisah, maka Abu Bakar menghimpunkan al-Quran dan menyambungkannya dengan jahitan supaya tidak hilang daripadanya sesuatu pun. – Manahil Al-‘Irfan, jilid 1 halaman 242

Inilah antara kata-kata beberapa tokoh di zaman ini yang menerima pendapat pertama.

Beberapa orang tokoh terdahulu yang menerima pandangan pertama:

Beberapa orang ulama dahulu kala di zaman terawal yang menerima pandangan ini ialah seperti berikut:

1. Sayid Murtadha

Sayid Murtadha Alamul Huda; seperti mana yang dinukilkan daripada Marhum Thabrisi bahawa Sayid Murtadha berkata:

 إن القرآن كان على عهد رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) مجموعا مؤلفا على ما هو عليه الآن ...  أن جماعة من الصحابة مثل عبد الله بن مسعود وأبي بن كعب وغيرهما ختموا القرآن على النبي ( صلى الله عليه وآله ) عدة ختمات ، وهو يدل بأدنى تأمل على أنه كان مجموعا مرتبا غير منشود ولا مبثوث .
تفسير مجمع البيان : ج 1 ص 15 الفن الخامس .  

Al-Quran seperti sekarang terhimpun dan tertulis di zaman Rasulullah (s.a.w)… sesungguhnya sekumpulan sahabat seperti Abdullah bin Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab, dan selain daripada mereka berdua mengkhatam Al-Quran beberapa kali di zaman Rasulullah (s.a.w), ianya menunjukkan bahawa Al-Quran sudah dihimpunkan secara tertib, bukan secara bahagian demi bahagian atau berserakan. – Tafsir Majma’ Al-Bayan, jilid 1 halaman 15

2. Al-Sayuthi

Sayuthi yang merupakan salah seorang tokoh Ahlusunnah menulis:

 الإجماع والنصوص على أن ترتيب الآيات توقيفي لا شبهة في ذلك . أما الإجماع فنقله غير واحد منهم الزركشي في البرهان وأبو جعفر بن زبير في مناسباته وعبارته : ترتيب الآيات في سورها واقع بتوقيفه ( صلى الله عليه وآله ) وأمره من غير خلاف في هذا بين المسلمين ... وأما النصوص فمنها حديث زيد السابق : كنا عند النبي ( صلى الله عليه وآله ) نؤلف القرآن من الرقاع .
الإتقان : ج 1 ص 62 .

Ijma’ dan riwayat ke atas ketertiban ayat-ayat Al-Quran ialah Tawqifi, (penetapannya hendaklah daripada Nabi) tidak ada keraguan lagi. Tetapi ijma’ daripada ulama seperti Al-Zarkashi di dalam Al-Burhan, Abu Ja’far bin Zubair di dalam Al-Munasibat yang telah dinukilkan mereka adalah seperti: Bentuk tertib ayat-ayat dan surah-surah menurut arahan Nabi (s.a.w), perkara ini tidak ada perselisihan di kalangan umat Islam… Namun riwayat pula antaranya ialah hadis daripada Zaid yang berkata: Kami pernah bersama Nabi (s.a.w) menulis Al-Quran dalam satu kertas-kertas yang kami kumpulkan.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pengumpulan dan penyusunan ayat dan surah-surah adalah daripada arahan Nabi (s.a.w) sebagaimana kesepakatan telah menegaskan perkara ini.

3. Qadhi Abu Bakar:

Sayuthi di dalam Al-Itqan menukilkan kata-kata Qadhi Abu Bakar dari Al-Intishar yang mengatakan:

 الذي نذهب إليه أن جمع القرآن الذي أنزله الله وأمر بإثبات رسمه ولم ينسخه ولا رفع تلاوته بعد نزوله هذا بين الدفتين . وأن ترتيبه ونظمه ثابت على ما نظمه الله تعالى ورتبه عليه رسوله من آي السور.
الإتقان : ج 1 ص 63 .

Kami berpendapat bahawa pengumpulan Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan diperintahkan supaya ia ditulis secara tetap, namun ia tidak dihapus dan tidak diangkat pembacaannya setelah turun matan Al-Quran di antara dua kulit.  Tertib dan susunannya tetap menurut apa yang telah disusun oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya menyusun daripada surah-surah. – Al-Itqan, jilid 1 halaman 63.

4. Al-Baghawi

Suyuthi menukilkan kata-kata Al-Baghawi di dalam kitab Syarh Al-Sunnah yang berkata:

الصحابة رضي الله عنهم جمعوا  بين الدفتين القرآن الذي أنزله الله على رسوله من غير أن يكونوا زادوا أو نقصوا ، إنتهى .
الإتقان : ج 1 ص 63 .

Sahabat radhiallahuanhum mengumpulkan antara dua kulit Al-Quran yang Allah turunkan tanpa ada penambahan dan kekurangan. – Al-Itqan, jilid 1 halaman 63.

Bilangan mereka yang mempunyai pandangan sebegini terlalu ramai untuk disenaraikan.

Apakah maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w)?

Apakah pendapat ini bermakna seluruh Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w) siap dalam bentuk sebuah kitab?

Jawapannya tidak, kerana sebab utama yang menjawab banyak syubhat tentang Al-Quran ialah arahan Nabi tentang pengumpulan Al-Quran. Sehinggakan jikalau pengumpulan ini di dikatakan sebagai kertas-kertas yang berpisah, ia tidaklah mempunyai kemungkinan Tahrif, kekurangan atau kehilangan selain ianya dapat dijadikan rujukan untuk seluruh naskah-naskah yang akan ditulis kemudian. Tidaklah kita mengatakan orang ramai di zaman Rasulullah tidak mempunyai Al-Quran yang dapat dijadikan rujukan.

Kesimpulan terhadap pegangan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Abu Bakar.

Jikalau kita ingin menerima kata-kata orang yang menyatakan bahawa Zaid bin Tsabit mengumpulkan Al-Quran (daripada dada-dada orang ramai, kemudian dikumpulkan di zaman Abu Bakar) hendaklah kita membaca Al-Fatihah Al-Quran kerana makna kalam tersebut ialah sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang sampai di tangan kita wujud dari ‘khabar wahid’ (dinukilkan oleh seorang). Sedangkan mereka menganggap bahawa Al-Quran hendaklah sampai kepada kita dari jalan Mutawatir. Tiada seorang pun yang mengesyaki bahawa Al-Quran sampai kepada kita secara Mutawatir dan perhubungan antara kita dan Rasulullah adalah secara Mutawatir; tiada sebarang syak dalam perkara ini.

Entah mengapa pula desakan untuk pendapat seperti ini muncul? Sudah tentu ketaksuban tersebut tidak jauh dari mengikis fadhilat-fadhilat tertentu selama mana bahaya untuk Islam dan akidah umatnya dapat dihapuskan.

Dalil pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w):

1. Akal:

Akal adalah salah satu dalil yang mengatakan bahawa Al-Quran sudah dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w) manakala pendapat yang lain adalah tidak benar. Apakah akal dapat menerima bahawa Rasulullah demikian bersungguh-sungguh menjaga dan memahami secara tepat, sehingga sebelum penurunan ayat-ayat, baginda sendiri cukup bersiap sedia menerimanya sampai ayat ini turun:

 (لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ ، إنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ)
سوره قيامت آيات 16 و 17 .

[16] Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
[17] Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Bagaimana mereka yang memahami Al-Quran adalah paksi kebudayaan masa depan Islam kelak sampai hari kiamat, boleh membayangkan bahawa baginda akan membiarkan Al-Quran bertebaran dalam bentuk hafalan di dalam dada kaum muslimin?

2. Hadis Al-Tsaqalain

Koleksi riwayat yang dipanggil Al-Tsaqalain di kalangan seluruh umat Islam sangat terkenal dan masyhur. Di dalam riwayat ini Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan dua perkara yang beharga, pertamanya Al-Quran, ke-duanya Itrahku, iaitu Ahlul Bait.

Menurut adat resam Arab, terminologi ‘kitab’ telah ditentukan sebagai sesuatu yang ditulis. Oleh itu apa yang dihafal dalam dada tidak dipanggil ‘kitab’. Namun di dalam riwayat Rasulullah (s.a.w) terdapat sabda baginda menunjukkan tentang ‘kitab’ yang ditinggalkan kepada umatnya. Begitu juga syair-syair yang dihafal oleh penyair tidak dikatakan sebagai kitab syair, bahkan ia dikatakan syair si fulan. Ianya juga tidak menggunakan kalimah ‘daiwan’.  Sudah pasti riwayat ini menyatakan penulisan seluruh Al-Quran sudah ada di zaman penyampaian ‘Iblagh’.

Beberapa orang penyelidik mengatakan tentang perkara ini sebagai:

 إن لفظ الكتاب  لا يطلق حتى على مكتوبات متفرقة في اللخاف والعسب والأكتاف إلا على نحو المجاز والعناية ، فإن لفظ الكتاب ظاهر فيما كان له وجود واحد.
تفسير البيان آيت الله خوئي : ص 271 .

Sesungguhnya lafaz ‘kitab’ tidak dipanggil terhadap penulisan yang berserakan di atas kepingan batu-batu, kulit pohon kurma dan tulang belulang melainkan dalam bentuk majaz dan inayah, sesungguhnya lafaz kitab lahir dari kewujudan yang satu (jika tidak ia akan dikatakan ‘kutub’ bukan ‘kitab’). – Tafsir Al-Bayan Ayatullah Al-Khui, halaman 271.

3. Penulisan Al-Quran oleh para penulis wahyu:

Perkara ini menunjukkan tentang Al-Quran di zaman kehidupan Rasulullah (s.a.w) yang tidak terlepas daripada penulisan. Antara riwayat yang menunjukkan pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w) ialah:

Al-Bulkhari menulis:

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسٍ رضى الله عنه  قَالَ جَمَعَ الْقُرْآنَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَرْبَعَةٌ، كُلُّهُمْ مِنَ الأَنْصَارِ أُبَىٌّ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَأَبُو زَيْدٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ. قُلْتُ لأَنَسِ مَنْ أَبُو زَيْدٍ قَالَ أَحَدُ عُمُومَتِي.
 كتاب الفضائل‏باب فضائل الأنصار ح 3857 باب جمع القرآن ح 5054  صحيح البخاري : ج 6 ص 103، كتاب التفسير، باب القراء من أصحاب النبي (ص) . وذكره أيضا في باب مناقب زيد بن ثابت في كتاب المناقب .

Anas berkata: Keseluruhan Al-Quran dikumpulkan di zaman Nabi (s.a.w) oleh empat orang, kesemua mereka daripada golongan Ansar iatu Ubay, Mu’az bin Jabal, Abu Zaid dan Zaid bin Tsabit. Aku berkata kepada Anas: Siapakah Abu Zaid? Jawabnya: Salah seorang pakcikku. – Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 103.

Ibnu Hajar mengatakan:

وأخرج النسائي بإسناد صحيح عن عبد الله بن عمرو (بن العاص) قال : جمعت القرآن ، فقرأت به كل ليلة ، فبلغ النبي (ص) فقال : أقرأه في شهر. الحديث، وأصله في الصحيح.
 فتح الباري: ج 9 ص 47. السنن الكبرى للنسائي، ج 5، ص 24، مسند أحمد، ج 2، ص 163، صحيح ابن حبان، ج 3، ص 33.

Dengan sanad yang sahih Nasai meriwayatkan daripada Abdullah bin Amru (bin ‘Ash) yang berkata: Aku telah mengumpulkan Al-Quran, maka aku membacanya setiap malam. Kemudian berita ini sampai kepada Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda: Bacalah ia setiap bulan… dan asal hadis ini di dalam Sahih (terdapat di dalam sahih Bukhari) – Fathul Bari, jilid 9 halaman 47; Al-Sunan Al-Kubra Li Nasai, jilid 5 halaman 24, Musnad Ahmad jilid 2 halaman 163, Sahih Ibnu Habban, jilid 3 halaman 33.

Hakim Nisyaburi meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabut:

كنا عند رسول الله (ص) نؤلف القرآن من الرقاع ،

Kami di sisi Rasulullah (s.a.w) menulis Al-Quran daripada perca-perca,

Kemudian ia mengatakan:

هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه .
المستدرك على الصحيحين : ج 2 ص 611. مسند أحمد، ج 5، ص 185،

Hadis ini Sahih menurut syarat kedua-dua Syaikh dan mereka berdua tidak pernah mengeluarkannya. – Al-Mustadrak Ala As-Sahihain, jilid 2 halaman 611; Musnad Ahmad jilid 5 halaman 185.

Ini adalah dalil yang sangat jelas bahawa Al-Quran ditulis dan dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w).

Sayuthi turut menukilkan banyak riwayat tentnag perkara ini yang menunjukkan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w). Anda boleh merujuk sumber-sumber berikut:
-    Al-Itqan, jilid 1 halaman 62-63

4. Ulama yang menerima pandangan pertama:

Dalam perkara ini, terdapat ramai orang yang terdahulu dan terkemudian mengesahkan pendapat yang pertama. Sejak awal lagi artikel ini telah menyebut kata-kata mereka dan nama-nama mereka ialah Sayid Murtadha Allamul Huda, Suyuthi, Qadhi Abu Bakar di dalam Al-Intishar, Al-Baghawi, Ayatullah Al-Khui, Allamah Rafi’i, Manna’ Al-Qattan, Zarqani dan…

Riwayat yang menunjukkan pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah (s.a.w):

Apabila sudah terbukti dengan riwayat sahih dan logik bahawa Al-Quran telah dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w),terdapat pula beberapa kumpulan riwayat yang bersalahan dengan pandangan tersebut iaitu:

1. Riwayat yang menunjukkan Al-Quran dikumpulkan oleh Zaid di zaman Abu Bakar.
2. Riwayat yang menunjukkan Al-Quran dikumpulkan di zaman Umar Al-Khattab
3. Riwayat yang menunjukkan bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Uthman.
4. Riwayat yang menunjukkan bahawa Amirul Mukminin mengumpulkan Al-Quran setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w)

Kitab Sulaim bin Qais meriwayatkan daripada Salman:

 أن عليا ( عليه السلام ) بعد وفاة النبي (ص) لزم بيته وأقبل على القرآن يؤلفه ويجمعه ، فلم يخرج من بيته حتى جمعه ، وكان في الصحف والشظاظ  والأسيار والرقاع - إلى أن قال : - فجمعه في ثوب واحد وختمه .  
كتاب سليم بن قيس : ص 65 .

Sesungguhnya Ali (a.s) setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) mendiami rumahnya. Beliau mengadap Al-Quran dan menulis serta mengumpulkannya. Beliau tidak pernah keluar dari rumahnya walaupun hari Jumaat. Beliau mengumpulkan pada kertas, kayu, kulit dan perca sampai dikatakan: Maka ia mengumpulkannya pada satu persalinan dan dicap mohorkan – Kitab Sulaim bin Qais.
Riwayat ini tidak mempunyai masalah dan tidak bersalahan dengan pendapat yang pertama dengan penjelasan berikut:

Maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar:

Hendaklah dikatakan bahawa riwayat pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar bertentangan dengan riwayat yang lain kerana mempunyai perselisihan. Al-Bukhari pada suatu tempat meriwayatkan bahawa Umar pergi kepada Abu Bakar dan berkata:

 إني أرى أن تأمر بجمع القرآن ، فقال له أبو بكر : كيف تفعل شيئا لم يفعله رسول الله (ص) - إلى أن قال : - قال أبو بكر لزيد: «إنك رجل شاب لا نتهمك . . . قال زيد : فتتبعت القرآن أجمعه من العسب واللخاف وصدور الرجال».
صحيح البخاري : ج 6 ص 98 و 102 .كتاب الاحكام  باب يستحب للكاتب ان يكون امينا عاقلا

Aku berpendapat, arahkanlah supaya Al-Quran dikumpulkan. MakaAbu Bakar berkata kepadanya: Bagaimana hendak melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w).  Abu Bakar berkata kepada Zaid: Engkau adalah pemuda yang kami anggap tidak pernah dituduh dengan kejahatan… Zaid mengatakan: Saya menjejak Al-Quran dan mengumpulkannya dari kulit kurma, batu tipis dan di dada-dada orang. – Sahih Al-Bukhari, jilid 6 halaman 98 dan 102.

Kadangkala Anas meriwayatkan pula kisah yang bertentangan:

«مات النبي (ص) ولم يجمع القرآن غير أربعة : أبو الدرداء ، ومعاذ بن جبل ، وزيد بن ثابت ، وأبو زيد ، ونحن ورثناه» .
صحيح البخاري : ج 6 ص 98 و 102 . كتاب فضائل القرآن :باب القراء من أصحاب النبى  صلى الله عليه وآله وسلم
Nabi (s.a.w) wafat dan tidak pernah Al-Quran dikumpulkan kecuali empat orang: Abu Darda, Mu’az bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Abu Zar dan kami mewarisinya.

Bagaimana mungkin kedua-dua riwayat ini berkumpul dalam satu tempat? Kita berpegang dan menjaga pendapat yang pertama. Apakah Zaid memindahkan Al-Quran yang sudah siap ditulis di atas kertas-kertas ke mushaf yang lain? Begitulah apa yang dikatakan oleh Haris Al-Muhasabi katakan di dalam ‘Fahm Al-Sunan’:

إنما أمر الصديق بنسخها من مكان إلى مكان مجتمعا وكان ذلك بمنزلة أوراق وجدت في بيت رسول الله (ص) فيها القرآن فجمعها جامع .
سيوطي الإتقان : ج 1 ص 60.

Abu Bakar mengarahkan Al-Quran ditulis dari satu tempat ke tempat yang terkumpul. Sebelumnya ia dijumpai pada kertas-kertas di rumah Rasulullah, lantas ia dikumpulkan. – Suyuthi menukilkan perkara ini di dalam Al-Itqan, jilid 1 halaman 60.

Atau apakah ia dikumpul dari rumah-rumah para sahabat?

Ada yang mengatakan bahawa mushaf Al-Quran Abu Bakar diambil dari tangan para sahabat yang telah mengumpulkannya. Kewujudan beberapa naskah Al-Quran pula disebabkan terdapat naskah-naskah penulis wahyu Rasulullah (s.a.w) disimpan di rumah baginda (seharusnya berpindah ke tangan Ali bin Abi Talib). Kewujudan beberapa orang penulis wahyu juga menyebabkan mereka turut menyimpan naskah sendiri. – Tarikh Al-Quran Doktor Ramiyar, halmaan 71.

Talhah berkata kepada Amirul Mukminin:

 ما أراك يا أبا الحسن أجبتني عما سألتك عنه من القرآن ، ألا تظهره للناس ؟ قال : يا طلحة عمدا كففت عن جوابك فأخبرني عما كتب عمر وعثمان أقرآن كله أم فيه ما ليس بقرآن ؟ قال طلحة : بل قرآن كله ، قال : إن أخذتم بما فيه نجوتم من النار ودخلتم الجنة . . . الخ .
كتاب سليم بن قيس : ص 100 .

Wahai Abal Hasan, engkau tidak menjawab kepadaku apa yang aku bertanya tentang Al-Quran yang apakah engkau tidak menunjukkannya kepada manusia? Jawab Ali: Wahai Talhah, aku bukan sengaja tidak menjawab, beritahu padaku apakah yang ditulis oleh Umar dan Uthman adalah seluruh Al-Quran atau di dalamnya ada yang bukan Al-Quran? Jawab Talhah: Tidak, seluruhnya adalah Al-Quran. Ali berkata: Jika kamu beramal dengan apa yang di dalamnya,kamu akan sejahtera dari api neraka dan memasuki syurga… - Kitab Sulaim bin Qais

Kerana itu Al-Quran Rasulullah jatuh kepada pewarisnya iaitu Ahlul Bait sehinggakan ianya tidak sampai kepada para isteri baginda. Jikalau tidak bergini sudah tentu Abu Bakar tidak mengarahkan penulisannya dan sudah tentu beliau tidak mengingkari betapa perlunya penulisan Al-Quran. Manakala naskah Al-Quran yang disiapkan oleh Ali bin Abi Talib juga adalah naskah yang sama dengan Rasulullah (s.a.w). Sebab itu Talhah begitu berkeinginan ingin melihatnya.

Dengan ini dapat dikatakan bahawa maksud Al-Quran yang kumpulkan di zaman Abu Bakar melalui Zaid. Di zaman inilah Al-Quran disalin daripada naskah-naskah yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu yang lain seperti Ubay bin Ka’ab, Abu Darda, Zaid bin Tsabit dan lain-lain. Semua ini dihimpun dalam sebuah naskah. Abu Syamah seperti yang dinukilkan oleh Sayuthi di dalam Al-Itqan menunjukkan perkara ini sebagai:

 وكان غرضهم أن لا يكتب إلا من عين ما كتب بين يدي النبي(ص)لا من مجرد الحفظ .
 الإتقان : ج 1 ص 60 .

Maksud mereka ialah tidak menulis melainkan daripada apa yang ditulis di antara kedua tangan Nabi (s.a.w), bukan daripada yang dihafal. – Al-Itqan jilid 1 halaman 60

Maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Umar:

Ada yang mengatakan bahawa Al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf di zaman Umar (Muntakhab Kanzul Ummal Hamish Musnad Ahmad, jilid 2 halaman 45).

Pandangan ini lebih dhaif dari pandangan ke-dua dan tidak ada tokoh Ahlusunnah yang menerimanya. Kemungkinan maksudnya adalah sepertimana yang lalu iaitu Umar meminta Abu Bakar mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf, bukannya beliau sendiri mengumpulkan Al-Quran atau di zamannya terjadi perkara tersebut.

Maksud pengumpulan Al-Quran di zaman Uthman:

Pendapat bahawa pengumpulan Al-Quran di zaman Uthman juga telah membawa banyak riwayat yang bertentangan kerana apa yang ada di dalam riwayat tersebut hanyalah Uthman mengarahkan orang ramai mengumpulkan satu bacaan Al-Quran (Qiraat), bukannya menunjukkan pengumpulan Al-Quran oleh beliau.

 عن ابن أبي داود عن سويد بن غفلة قال : قال علي : لا تقولوا في عثمان إلا خيرا ، فوالله ما فعل الذي فعل في المصاحف إلا عن ملأ منا ، قال : ما تقولون في هذه القراءة ؟ فقد بلغني أن بعضهم يقول : إن قراءتي خير من قراءتك ، وهذا يكاد يكون كفرا ، قلنا : فما ترى ؟ قال : أرى أن يجمع الناس على مصحف واحد ، فلا تكون فرقة ولا اختلاف ، قلنا : فنعم ما رأيت .
الإتقان : ج 1 ص 61 .

Ali berkata: Janganlah kamu mengatakan sesuatu tentang Uthman kecuali yang baik, demi Allah apa yang dia lakukan tentang mushaf-mushaf adalah dalam pengetahuan kami. Kemudia ia bertanya: Apa yang kamu katakan tentang qiraat ini? telah sampai kepadaku bahawa sebahagian daripada mereka berkata bahawa ‘qiraatku lebih baik daripada qiraat engkau’; dan ini mirip kepada kekufuran. Oleh itu apa pandanganmu? Beliau menjawab: Aku berpandangan orang ramai perlu berkumpul dalam satu mushaf, janganlah kalian berpecah dan berselisih. Kami mengatakan: Alangkah baiknya pandanganmu. Al-Itqan jilid 1 halaman 61

Perkara ini disahkan oleh sebuah riwayat daripada Haris Al-Muhasabi yang berkata:

 المشهور عن الناس أن جامع القرآن عثمان ، وليس كذلك إنما حمل عثمان الناس على القراءة بوجه واحد على اختيار بينه وبين من شهد من المهاجرين والأنصار لما خشي الفتنة عند اختلاف أهل العراق والشام في حروف القراءات .
سيوطي الإتقان: ج 1 ص 61 .

Yang masyhur tentang pengumpul Al-Quran ialah Uthman, sebenarnya tidak demikian. Hanyasanya Uthman menyebabkan orang ramai membaca dengan satu qiraat; keputusan ini dilaksanakan oleh beliau dan daripada kalangan Muhajirin dan Ansar kerana bimbang dengan perselisihan antara warga Iraq dan Sham tentang huruf qiraat. – Sayuthi menukilkan riwayat ini di dalam Al-Itqan, jilid 1 halaman 61.

عن أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، حَدَّثَهُ أَنَّ حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ قَدِمَ عَلَى عُثْمَانَ وَكَانَ يُغَازِي أَهْلَ الشَّأْمِ فِي فَتْحِ إِرْمِينِيَةَ وَأَذْرَبِيجَانَ مَعَ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَأَفْزَعَ حُذَيْفَةَ اخْتِلاَفُهُمْ فِي الْقِرَاءَةِ فَقَالَ حُذَيْفَةُ لِعُثْمَانَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَدْرِكْ هَذِهِ الأُمَّةَ قَبْلَ أَنْ يَخْتَلِفُوا فِي الْكِتَابِ اخْتِلاَفَ الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى فَأَرْسَلَ عُثْمَانُ إِلَى حَفْصَةَ أَنْ أَرْسِلِي إِلَيْنَا بِالصُّحُفِ نَنْسَخُهَا فِي الْمَصَاحِفِ ثُمَّ نَرُدُّهَا إِلَيْكِ فَأَرْسَلَتْ بِهَا حَفْصَةُ إِلَى عُثْمَانَ فَأَمَرَ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ وَسَعِيدَ بْنَ الْعَاصِ وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ الْحَارِثِ بْنِ هِشَامٍ فَنَسَخُوهَا فِي الْمَصَاحِفِ وَقَالَ عُثْمَانُ لِلرَّهْطِ الْقُرَشِيِّينَ الثَّلاَثَةِ إِذَا اخْتَلَفْتُمْ أَنْتُمْ وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ فِي شَىْ‏ءٍ مِنَ الْقُرْآنِ فَاكْتُبُوهُ بِلِسَانِ قُرَيْشٍ فَإِنَّمَا نَزَلَ بِلِسَانِهِمْ فَفَعَلُوا حَتَّى إِذَا نَسَخُوا الصُّحُفَ فِي الْمَصَاحِفِ رَدَّ عُثْمَانُ الصُّحُفَ إِلَى حَفْصَةَ وَأَرْسَلَ إِلَى كُلِّ أُفُقٍ بِمُصْحَفٍ مِمَّا نَسَخُوا وَأَمَرَ بِمَا سِوَاهُ مِنَ الْقُرْآنِ فِي كُلِّ صَحِيفَةٍ أَوْ مُصْحَفٍ أَنْ يُحْرَقَ.
 صحيح البخاري : ج 6 ص .رقم 5038 و رقم 3546  كتاب فضائل القرآن باب جمع القرآن

Huzaifah bin Yaman pergi bertemu Uthman yang sedang memerangi warga Sham ketika pembukaan Armenistan dan Azerbaijan bersama warga Iraq. Huzaifah merasa bimbang terhadap perselisihan mereka dalam qiraat lantas berkata kepada Uthman: Wahai Amirul Mukminin, berilah perhatian terhadap umat ini sebelum berselisih tentang kitab sebagaimana Yahudi dan Nasrani berselisihan. Maka Uthman mengutuskan kepada Hafsah supaya membawa kepada kami lembarannya yang kami salin ke naskah yang lain. Kemudian kami kembalikan kepadanya. Kemudian Hafsah mengirim Al-Qurannya kepada Uthman  yang kemudiannya mengarahkan Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin Al-‘Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisham menyalinnya. Uthman berkata kepada tiga orang Quraisyh ini: Jikalau kamu dan Zaid bin Tsabit berselisihan, maka tulislah ia dengan dialek Quraysh kerana ia hanya diturunkan dalam dialek tersebut. Mereka melakukannya sehingga Al-Quran selesai disalin mereka dalam beberapa naskah. Kemudia Uthman mengembalikannya (naskah asal) kepada Hafsah dan mengirim naskah-naskah ke beberapa rantau sambil memberi arahan supaya Al-Quran yang lain dibakar. - Sahih Al-Bukhari, jilid 6 Kitab Fadhail Al-Quran Bab Jam’ Al-Quran.
‘Asqalani di dalam Syarh riwayat ini mengatakan:

 وفي رواية عمارة بن خزية : أن حذيفة قدم من غزوة فلم يدخل بيته حتى أتى عثمان ، فقال : يا أمير المؤمنين أدرك الناس ، قال : وما ذاك ؟ قال : غزوت فرج أرمينية فإذا أهل الشام يقرأون بقراءة أبي ابن كعب فيأتون بما لم يسمع أهل العراق ، وإذا أهل العراق يقرأون بقراءة عبد الله ابن مسعود فيأتون بما لم يسمع أهل الشام ، فيكفر بعضهم بعضا.
 فتح الباري : ج 9 ص 14 و 15 .

Dalam riwayat Umarah bin Khizyah: Sesungguhnya Huzaifah pulang dari peperangan dan tidak pernah memasuki rumahnya sehingga datang Uthman, maka ia berkata: Wahai Amirul Mukminin, berilah perhatian kepada orang ramai. Uthman bertanya: Apakah itu? Jawabnya: Aku berperang di dalam Armenistan, apabila warga Sham membaca dengan qiraat Ubay bin Ka’ab mereka membawa apa yang tidak pernah didengari oleh warga Iraq. Apabila warga Iraq membaca dengan qiraat Abdullah bin Mas’ud, maka mereka membawa apa yang tidak pernah didengari oleh warga Sham. Sebahagian di antara mereka mengkafirkan yang lain. – Fathul Bari, jilid 9 halaman 14 dan 15.
Riwayat seperti ini muncul ketika Uthman mengarahkan orang ramai membaca dengan satu jalan, Oleh itu lafaz-lafaz sama maknanya yang Ibnu Mas’ud dan beberapa orang yang lain nukilkan mengikut pandangan sendiri sebagai ganti Al-Quran telah dihapuskan serta tidak ada lagi yang tertinggal. Secara zahirnya pandangan ini (menggunakan lafaz-lafaz yang sama makna) sangatlah bahaya dan membawa ancaman kepada al-Quran kerana nash kalimah Al-Quran apabila menggunakan lafaz berbeza boleh mengubah makna kalimat menurut pandangan individu. Perkara ini dapat dirujuk dengan lebih lanjut di dalam kitab Mubahith fi Ulum Al-Quran Li Subhi Soleh, halaman 107

Maksud pengumpulan Al-Quran oleh Ali bin Abi Talib.

Maksudnya daripada apa yang dikatakan bahawa Amirulmukminin Ali bin Abi Talib mengumpul Al-Quran ialah:

 أنه كتبه عما كان عند النبي (ص) ، وأضاف إليه التنزيل والتأويل ، كما في الرواية: ما كان في بيت النبي (ص) فأخذه علي (ع) بأمر الرسول حيث قال له  : يا علي هذا كتاب الله خذه إليك ، فجمعه علي (ع)  في ثوب ومضى إلى منزله ، فلما قبض النبي (ص) جلس علي فألفه كما أنزل الله ، وكان به عالما .
 التمهيد في علوم القرآن : ج 1 ص 291.

Sesungguhnya beliau menulis apa yang ada di sisi Nabi (s.a.w) bersama sebab penurunan dan penakwilannya seperti di dalam riwayat: Apa yang ada di dalam rumah Nabi, diambilnya oleh Ali dengan arahan Rasul sebagaimana yang dikatakan kepadanya: Wahai Ali, ini adalah kitab Allah dan ambillah. Maka Ali mengumpulkannya di dalam pakaian dan pergi ke rumahnya. Tatkala Nabi (s.a.w) wafat, Ali menulisnya seperti yang diturunkan oleh Allah dan beliau mempunyai pengetahuan tentangnya. – Al-Tamhid fi ulum Al-Quran, jilid 1 halaman 291, riwayat ini dinukilkan daripada Ibnu Syahr Asyub.

Ini bermakna, beliau merintis kitab tafsir Al-Quran yang pertama selain menulis matan Al-Quran (mengikut tertib penurunan) dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan ayat tersebut kerana beliau sangat berpengetahuan tentang perkara ini daripada orang lain. Al-Kalbi menukilkan bahawa:

لما توفي رسول الله (ص) قعد علي بن أبي طالب في بيته فجمعه على ترتيب نزوله ، ولو وجد مصحفه لكان فيه علم كبير .  
التمهيد في علوم القرآن : ج 1 ص 290.

Tatkala Rasulullah (s.a.w) wafat, Ali bin Abi Talib duduk di rumahnya dan mengumpulkan Al-Quran menurut tertib penurunannya, jikalau mushaf ini ditemui nescaya terdapat di dalam ilmu yang besar. – Al-Tamhid Fi Ulum Al-Quran, jilid 1 halaman 290. Perkara ini dinukilkan daripada beliau di dalam Al-Tashil Li Ulum Al-Tanzil.

Dinukilkan daripada Muhammad bin Sirin:

 ولو أصيب ذلك الكتاب لكان فيه العلم .
تاريخ الخلفاء للسيوطي : ص 185 .

Jikalau kitab ini ditemui, nescaya terdapat ilmu di dalamnya. – Tarikh Al-Khulafa Li Suyuthi halaman 185.

Kesimpulannya ialah:

Tidak ada pertentangan antara kata-kata bahawa Al-Quran dikumpulkan di zaman Rasulullah (s.a.w) dan yang dihimpunkan oleh Ali bin Abi Talib dengan ilmu beliau yang sangat mendalam tentang Al-Quran.
Sudah tentu sebab penulisan Al-Quran secara tertib penurunannya oleh Ali bin Abi Talib dikeranakan memperincikan nasakh dan mansukh, mutlaq dan muqayyad dengan baik sekali.

Natijah dan penghujung perbahasan.

Dimensi penghimpunan di antara keseluruhan riwayat dikatakan: Al-Quran di tangan kita sama seperti di zaman Rasulullah dan para sahabat, bukan seperti yang didakwa oleh beberapa pihak bahawa setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w), al-Quran dikumpulkan dari hafalan para muhajirin dan ansar. Setelah kewafatan Rasulullah, Al-Quran baginda berada di tangan Ali bin Abi Talib. Sahabat setelah kewafatan baginda menyalin kembali Al-Quran yang telah dikumpulkan dalam bentuk naskah-naskah berpisah. Pada zaman Uthman pula Al-Quran diarahkan dibaca dalam satu dialek.


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini