Ibnu Taimiyyah Al-Harrani di dalam Minhaj Al-Sunnah menulis:
قد ذكر محمد بن جرير الطبري وعبد الباقي بن قانع وغيرهما من أهل العلم بالأنساب والتواريخ أن الحسن بن علي العسكري لم يكن له نسل ولا عقب والإمامية الذين يزعمون أنه كان له ولد يدعون أنه دخل السرداب بسامرا وهو صغير منهم من قال عمرة سنتان ومنهم من قال ثلاث ومنهم من قال خمس سنين... .
ابن تيميه الحراني الحنبلي، ابوالعباس أحمد عبد الحليم (متوفاى 728 هـ)، منهاج السنة النبوية، ج4، ص87، تحقيق: د. محمد رشاد سالم، ناشر: مؤسسة قرطبة، الطبعة: الأولى، 1406هـ.
Sesungguhnya Muhammad bin Jarir Al-Tabari, Abdullah Al-Baqi bin Qani’ dan selain daripada mereka berdua daripada ahli ilmu ansab dan sejarah mengatakan bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai keturunan dan penerus, manakala golongan Syiah Imamiyah yang mengakui bahawa ia mempunyai anak lelaki, mereka mendakwa bahawa ia telah memasuki sardab di Samarra sedangkan ia masih kecil, sebahagian daripada mereka mengatakan ia berusia dua tahun, ada di kalangan mereka mengatakan ia berusia tiga tahun, sebahagian daripada mereka pula mengatakan lima tahun…
Ihsan Ilahi Zahir di dalam kitab Al-Syiah Wa Ahlul Bait (الشيعة وأهل البيت) turut mengulangi kata-kata Ibnu Taimiyah dengan mengatakan:
من أكاذيب الشيعة على اهل البيت انهم نسبوا اليهم الأقوال والروايات التي تنبيء بخروج القائم من اولاد الحسن العسكري الذي لم يولد له مطلقا ...
الشيعة وأهل البيت، ص244 .
Daripada penipuan-penipuan Syiah tentang Ahlul Bait, sesungguhnya mereka mengaitkan keluarnya Al-Qaim (Imam Mahdi) daripada anak-anak Al-Hasan Al-Askari yang ditegaskan dengan ucapan-ucapan dan riwayat-riwayat. Sedangkan beliau sama sekali tidak mempunyai anak … - Al-Syiah Wa Ahlul Bait, halaman 244
Wahabi-Wahabi yang lain seperti Ahmad Mahmud Subhi di dalam kitab Nazariyah Al-Imamiyah (نظرية الإمامة) halaman 409, Dr. Qaffari di dalam Ushul Mazhab Al-Syiah (اصول مذهب الشيعه) jilid 1 halaman 451 mereka turut mengulangi perkara ini.
Kritikan dan penelitian.
Malangnya golongan Wahabi dan pemimpin mereka Ibnu Taimiyah menimbulkan persoalan-persoalan tentang aqidah Syiah sehingga sanggup melakukan pembohongan yang dikaitkan dengan ulama mereka sendiri.
Seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Taimiyah daripada Al-Tabari bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai keturunan dan penerus (نسل ولا عقب), namun apa yang terjadi perkara ini tidak ditemui di dalam kitab Tarikh Al-Tabari dari halaman awal hingga ke akhir. Sebenarnya perkataan Al-Askari (العسكري) hanya disebut satu kali sahaja iaitu di jilid ke-5, halaman 368 tentang Ibrahim bin Mihran Al-Nasrani Al-Askari (إبراهيم بن مهران النصرانى العسكري) namun ayat “نسل ولا عقب” sama sekali tidak ada di dalam kitab tersebut.
Muhammad Rasyad Salim pentahqiq kitab Minhaj Al-Sunnah, menyedari permasalahan ini dan beliau tidak mampu menemui perkara ini di dalam kitab Tarikh Al-Tabari. Dalam berusaha mencari rujukan untuk ucapan Ibnu Taimiyah tersebut, beliau sendiri telah terjebak di dalam kesilapan. Beliau berkata perkataan Ibnu Taimiyah ini berada di dalam kitab Shilat Al-Tarikh Al-Tabari (صلة التاريخ الطبرى) namun perkara ini tetap tidak ditemui di dalam lembaran-lembaran kitab tersebut. Muhammad Rasyad Salim sekali lagi melakukan kesilapan di atas kesilapan Ibnu Taimiyah.
Hakikatnya, berkenaan perkara ini di dalam kitab Shilat Al-Tarikh Al-Tabari mengandungi ayat ‘لم يعقب الحسن’ namun ia masih tidak ada kaitan langsung dengan Imam Hasan Al-Hasan Al-Askari dan Al-Hujjah Imam Mahdi (a.f.s), bahkan peristiwa dalam catatan tersebut berbentuk begini:
“Di zaman Muqtadar Abbasi, ada seseorang yang datang ke laman istana Muqtadar Abbasi dan berkata saya mempunyai urusan yang penting dengan Muqtadar, jikalaulah saya tidak segera mengabarkan kepadanya, nescaya akan terjadi sesuatu tragedi”
“Setelah itu apabila beliau pergi menemui Muqtadar, beliau menerangkan suatu perkara yang telah berlalu dan akan datang. Muqtadar bertanya kepada beliau: Siapakah engkau? Beliau menjawab: Saya adalah Muhammad bin Hasan bin Ali bin Musa bin Ja’far Al-Ridha, iaitu saya cucu cicit Imam Ridha daripada anaknya Al-Hasan. Setelah itu Muqtadar memberi arahan supaya didatangkan kepadanya seorang individu daripada keturunan Abu Talib untuk mengesahkan kata-kata beliau agar Muqtadar dapat meyakininya”.
“Seorang bernama Thumar daripada keturunan Abu Talib berkata tentang pembohongan kata-kata individu ini sebagai berikut:
لم يعقب الحسن .
Hasan (anak Imam Ridha) tidak pernah mempunyai penerus”.
Malangnya Rasyad Salim, pentahqiq kitab Minhaj As-Sunnah tidak meneliti dengan sepatutnya sambil berkhayal bahawa Hasan tersebut ialah Imam Hasan Al-Askari (a.s). Sedangkan Hasan yang dimaksudkan ialah Hasan bin Ali bin Musa Al-Ridha (a.s) dan beliau dalam kisah tersebut tidak ada kena mengena dengan Imam Hasan Al-Askari serta Al-Hujjah Imam Al-Mahdi (a.s).
Menarik perhatian di sini, orang yang mendakwa dirinya sebagai cucu cicit Imam Ridha mendapat nama buruk, akhirnya identitinya diketahui juga bahawa beliau telah berbohong dengan mengaitkan dirinya dengan Ahlul Bait (a.s) sedangkan beliau adalah anak kepada orang yang bernama Ibnu Al-Dhab’i dan mereka menemui bapanya. Setelah itu beliau melutut di kaki Muqtadar dan sudah tentu Muqtadar menjatuhkan hukuman berat yang difikirkan setimpal ke atasnya, di hari kemudian ia diarak di kalangan orang ramai dan dimalukan. Setelah itu ia dihumban ke penjara.
Demikianlah apa yang tercatat dalam kitab Shilat Tarikh Al-Tabari tetapi ia bukanlah dikarang oleh Tabari. Namun ia dikarang oleh seseorang yang tidak dikenal dan majhul dengan nama Arib bin Sa’d Al-Qurtubi yang meninggal pada tahun 369 Hijrah di mana tidak ada satu pun dari kitab-kitab tarajim Ahlusunnah yang menyebut nama dan mensyarahkan perihal beliau.
Walau bagaimana pun salah seorang ulama Wahabi bernama Khair Al-Din Zarkali di dalam kitab Al-A’lam mensyarahkan perihal beliau secara ringkas:
عريب بن سعد القرطبي : طبيب مؤرخ من أهل قرطبة . من أصل نصراني (اسبانيولي) أسلم آباؤه واستعربوا وعرفوا ببني التركي . استعمله الناصر (سنة 331) على كورة أشونة . واستكتبه المستنصر (الحكم) وارتفعت منزلته عند الحاجب المصور (أبي عامر) فسماه " خازن السلاح " واختصر " تاريخ الطبري " وأضاف إليه أخبار إفريقية والأندلس ، فسمي " صلة تاريخ الطبري.
الزركلي ، خير الدين (متوفاي 1410هـ)، الأعلام قاموس تراجم لأشهر الرجال والنساء من العرب والمستعربين والمستشرقين ، ج4، ص 227، ناشر: دار العلم للملايين ـ بيروت، الطبعة: الخامسة، 1980م
Arib bin Sa’ad Al-Qurtubi: seorang tabib dan sejarawan dari penduduk Qurtubah. Asal usul beliau dari keluarga Kristian, ayahnya memeluk agama Islam dan mempelajari Arab, beliau masyhur dengan Bani Turki. Nasir (meninggal pada tahun 331 Hijrah) mengangkatnya menjadi gabenor di jajahan Ashnunah. Al-Mustanshir mengangkat beliau menjadi penulisnya dan statusnya meningkat di sisi Al-Hajib Al-Mushawwir (Abi ‘Amir) sehingga digelar Khazin Al-Silah. Beliau meringkaskan Tarikh Al-Tabari dan menambah khabar-khabar dari Afrika dan Andalus. Maka kitab tersebut dinamakan Shilat Tarikh Al-Tabari. – Al-Zarkali, Khairuddin (meninggal pada tahun 1410 Hijrah), Al-A’lam Qamus Tarajim Li Asyhar Al-Rijal Wa Al-Nisa Min Al-‘Arab Wa Al-Musta’rabin Wa Al-Mustasyriqin, jilid 4 halaman 227.
Namun ‘Abdul Baqi bin Qani’ Umawi yang mana Ibnu Taimiyah telah menukilkan kata-kata beliau bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai anak, malangnya Ibnu Taimiyah tidak mempunyai sebarang sanad dan bukti untuk nukilan beliau sendiri sehingga kita dapat melihat apakah beliau dengan berbohong menukilkan perkara ini di mana ia dikaitkan dengan Tabari.
Wahabi yang lain juga mengulangi kata-kata Ibnu Taimiyah ini di mana tidak seorang pun daripada mereka dapat membuktikan selama lima kurun setelah Ibnu Taimiyah ini bahawa mereka ada dokumen dan dalil untuk beragrumen yang bersandar kepada Abdul Baqi bin Qani’. Malangnya mereka sentiasa meyakini Ibnu Taimiyah tanpa menyebut keterangan sahih bahawa perkara ini dapat digambarkan dengan pasti.
Andainya kita anggap bahawa Abdul Baqi bin Qani’ mengatakan perkara ini, apakah orang seperti beliau dapat dijadikan hujjah dalam pembuktian perkara ini sedangkan ia telah didha’ifkan oleh Ahlusunnah?
Syamsudin Al-Zahabi di dalam Siyar A’lam Al-Nubala dalam mensyarahkan hal beliau mengatakan:
قال البرقاني البغداديون يوثقونه وهو عندي ضعيف
وقال الدارقطني كان يحفظ ولكنه يخطىء ويصر.
وروى الخطيب عن الأزهري عن أبي الحسن بن الفرات قال كان ابن قانع قد حدث به اختلاط قبل موته بنحو من سنتين فتركنا السماع منه وسمع منه قوم في اختلاطه.
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج15، ص527، تحقيق: شعيب الأرنؤوط، محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.
Al-Burqani mengatakan orang Baghdad mentsiqahkannya namun pandangan saya ia adalah dhaif. Al-Darqathani berkata beliau seorang penghafal riwayat, namun beliau tersalah dan memaksa (mungkin ayat ‘يخطيء و يصر’ adalah tersalah cetak dan aslinya ialah ‘يخطيء و يصيب’ yang membawa maksud kadangkala tersalah, kadang-kadang betul). Khatib Al-Baghdadi menukilkan daripada Azhari, daripada Abil Hasan bin Furat yang berkata bahawa Ibnu Qani’ telah menjadi gila sebelum dua tahun kematiannya. Maka kami telah menghindari mendengar hadis daripadanya sedangkan ada golongan yang mendengar daripadanya di waktu beliau gila. - Al-Zahabi Al-Syafi’i, Syamsudin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal pada tahun 748), Siyar A’lam An-Nubala, jilid 15 halaman 527.
Oleh itu jikalaulah beliau benar mengatakan perkara demikian, ucapannya itu tidak dapat diterima pakai kerana kedhaifan yang ada padanya seperti yang telah dinukilkan tadi.
Pengiktirafan tokoh-tokoh Ahlusunnah tentang kelahiran Imam Mahdi (a.s).
Terlalu ramai tokoh-tokoh dan ilmuan Ahlusunnah sejak dari zaman dahulu hingga sekarang mengakui kelahiran Imam Mahdi (a.s) selain berterus terang beliau lahir ke dunia ini pada tanggal 15 Sya’ban tahun 255 Hijrah di kota Samarra. Cukuplah beberapa orang di antara mereka disebutkan di sini. Untuk telaah lebih lanjut, para pembaca dapat merujuk pada kitab Al-Ishalat Al-Mahdawiyah (الإصالة المهدوية) yang ditulis oleh Faqih Iman. Penulis tersebut membawakan 112 orang ulama Ahlusunnah yang berterus terang mengakui kelahiran Imam Zaman.
1. Syamsuddin Al-Zahabi (meninggal pada tahun 748 Hijrah)
Syamsuddin Al-Zahabi, ilmuan terulung dalam ilmu tarajim dan rijal Ahlusunnah telah menyatakan dengan jelas tentang kelahiran Imam Mahdi di dalam beberapa kitabnya. Beliau di dalam Al-‘Ibr Fi Akhbar min Ghabar menulis:
وفيها [سنة 256 ه] محمد بن الحسن العسكري بن علي الهادي محمد الجواد بن علي الرضا بن موسى الكاظم بن جعفر الصادق العلوي الحسيني أبو القاسم الذي تلقبه الرافضة الخلف الحجة وتلقبه بالمهدي وبالمنتظر وتلقبه بصاحب الزمان وهو خاتمة الاثنى عشر... .
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، العبر في خبر من غبر، ج2، ص37، تحقيق: د. صلاح الدين المنجد، ناشر: مطبعة حكومة الكويت - الكويت، الطبعة: الثاني، 1984.
Pada tahun 255 Hijrah, Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kazim bin Ja’far Al-Sodiq Al-Alawi Al-Husaini Abul Qasim yang dilaqabkan oleh Rafidhah sebagai Khalafal Hujjah, dan dilaqabkannya sebagai Al-Mahdi dan sebagai Al-Muntazar, dan dilaqabkannya sebagai Sahibul Zaman, beliau adalah Imam yang terakhir daripada Imam-Imam dua belas… - Al-Zahabi Al-Syafi’i, Syamsuddin Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (Wafat pada tahun 748 Hijrah), Al-‘Ibr Fi Khabar Min Ghabar, jilid 2 halaman 37.
Di dalam Tarikh Al-Islam beliau menganggap tahun kewafatannya adalah 258 atau 256 dengan mengatakan:
أبو محمد الهاشمي الحسيني أحد أئمة الشيعة الذين تدعي الشيعة عصمتهم . ويقال له الحسن العسكري لكونه سكن سامراء ، فإنها يقال لها العسكر . وهو والد منتظر الرافضة...
وأما ابنه محمد بن الحسن الذي يدعوه الرافضة القائم الخلف الحجة ، فولد سنة ثمان وخمسين ، وقيل : سنة ست وخمسين . عاش بعد أبيه سنتين ثم عدم ، ولم يعلم كيف مات . وأمه أم ولد .
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام، ج19، ص113، تحقيق د. عمر عبد السلام تدمرى، ناشر: دار الكتاب العربي - لبنان/ بيروت، الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م.
Abu Muhammad Al-Hasyimi Al-Husaini adalah salah seorang daripada Imam-Imam Syiah yang mereka dakwa sebagai maksum dan mereka memanggilnya sebagai Hasan Al-Askari kerana tinggal di Samarra, di sebabkan Samarra digelar sebagai Al-Askar. Beliau (Al-Askar) adalah ayah kepada orang yang dinantikan oleh Rafidhah.
Namun anaknya Muhammad bin Al-Hasan yang dipanggil Rafidhah sebagai Al-Qaim Al-Khalaf Al-Hujjah, lahir pada tahun dua ratus lima puluh lapan, sebahagian mengatakan beliau lahir pada tahun dua ratus lima puluh enam Hijrah, dan beliau hidup dua tahun setelah bapanya kemudian meninggal. Namun tidak diketahui bagaimana ia mati, dan ibunya dulunya seorang hamba. – Al-Zahabi Al-Syafi’i, Shamsudin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (Wafat pada tahun 748 Hijrah), Tarikh Al-Islam Wa Wafayat Al-Masyahir Wal-A’lam, jilid 19 halaman 113.
Apa yang penting bagi kita ialah terbuktinya bahawa Imam Hasan Al-Askari mempunyai anak, namun mengenai kematian anaknya atau tidak, ia akan menghadapi kritikan berasingan yang membatalkan kata-kata Zahabi nanti.
Di dalam kitab Siyar A’lam Al-Nubala’ beliau mengatakan:
المنتظر الشريف أبو القاسم محمد بن الحسن العسكري بن علي الهادي ابن محمد الجواد بن علي الرضى بن موسى الكاظم بن جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين بن علي بن الحسين الشهيد بن الامام علي بن أبي طالب العلوي الحسيني خاتمة الاثني عشر سيدا الذين تدعي الامامية عصمتهم... .
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج13، ص119، تحقيق: شعيب الأرنؤوط، محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.
Al-Muntazar Al-Syarif Abul Qasim Muhammad bin Al-Askari bin Ali Al-Hadi Ibnu Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kazim bin Ja’far Al-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Zainul Abidin bin Ali bin Al-Hasan Al-Syahid bin Al-Imam Ali bin Abi Talib Al-Alawi Al-Husaini ialah penutup para Imam dua belas di mana Syiah mendakwa kemaksuman mereka. - Al-Zahabi Al-Syafi’i, Syamsuddin Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (Wafat pada tahun 748 Hijrah), Siyar Al-A’lam Al-Nubala, jilid 13 halaman 119.
2. Fakhrudin Al-Razi (wafat pada tahun 604 Hijrah)
Fakhrudin AL-Razi, salah seorang ahli tafsir Ahlusunnah yang tersohor menulis tentang Imam Hasan Al-Askari (a.s) dan anaknya:
أما الحسن العسكري الإمام (ع) فله إبنان وبنتان ، أما الإبنان فأحدهما صاحب الزمان عجل الله فرجه الشريف ، والثاني موسى درج في حياة أبيه وأم البنتان ففاطمة درجت في حياة أبيها ، وأم موسى درجت أيضاًً.
الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، الشجرة المباركة في أنساب الطالبية، ص78 ـ 79 .
Adapun Imam Al-Hasan Al-Askari mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan, namun salah seorang daripada dua anak lelakinya ialah Sohibuz Zaman Ajjalallah Farajahu Al-Syarif, dan keduanya ialah Musa yang meninggal ketika ayahnya masih hidup. Adapun kedua-dua anak perempuannya meninggal dunia ketika ayah mereka masih hidup, begitu juga ibu Musa turut meninggal. – Al-Razi Al-Syafi’i, Fakhrudin Muhammad bin Umar Al-Tamimi (wafat pada tahun 604 Hijrah), Al-Syajarah Al-Mubarakah Fi Ansab Al-Talibiyyah, halaman 78-79.
Perkara ini dapat di lihat dalam portal ini:
http://islamport.com/w/nsb/Web/499/22.htm
Untuk mendownload kitab ini silakan merujuk ke alamat berikut:
http://ebooks.roro44.com/Download-2146
3. Ibnu Hajar Al-Haitsami (wafat pada tahun 973 Hijrah)
Ibnu Hajar Al-Haitsami di dalam kitab Shawa’iq Al-Muhriqah yang ditulis untuk menentang Syiah memberi pengiktirafan bahawa Imam Hasan Al-Askari mempunyai anak yang bernama Abul Qasim Al-Hujjah:
ولم يخلف غير ولده أبي القاسم محمد الحجة ، وعمره عند وفاة أبيه خمس سنين ، لكن أتاه الله فيها الحكمة ، ويسمى القائم المنتظر... .
الهيثمي، ابوالعباس أحمد بن محمد بن علي ابن حجر (متوفاى973هـ)، الصواعق المحرقة علي أهل الرفض والضلال والزندقة، ج2، ص601، تحقيق عبد الرحمن بن عبد الله التركي - كامل محمد الخراط، ناشر: مؤسسة الرسالة - لبنان، الطبعة: الأولى، 1417هـ - 1997م.
Hasan Al-Askari tidak mempunyai anak kecuali Abil Qasim Muhammad Al-Hujjah, dan usianya ketika kewafatan ayahnya ialah lima tahun, namun Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya, dan beliau dinamakan Al-Qaim Al-Muntazar… - Al-Haytsami, Abul Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali Ibnu Hajar (wafat pada tahun 973 Hijrah), Al-Shawaiq Al-Muhriqah Ala Ahl Al-Rafd Wal Dhalal Wal Zindiqah, jilid 2 halaman 601.
4. Ibnu Atsir Al-jazari (Wafat pada tahun 630 Hijrah).
وفيها توفي الحسن بن علي بن محمد بن علي بن موسى بن جعفر بن محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب (ع) ، وهو أبو محمد العلوي العسكري ، وهو أحد الأئمة الإثني عشر على مذهب الإمامية ، وهو والد محمد الذي يعتقدونه المنتظر بسرداب سامرا ، وكان مولده سنة إثنتين وثلاثين ومائتين.
ابن أثير الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاى630هـ) الكامل في التاريخ، ج6 ص249 ـ 250، تحقيق عبد الله القاضي، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة الثانية، 1415هـ.
Dan di dalam tahun tersebut (260 Hijrah) telah wafat Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abi Talib, beliau adalah Abu Muhammad Al-‘Alawi Al-Askari, beliau adalah salah seorang daripada Imam-Imam dua belas menurut mazhab Imamiyah. Ianya adalah ayah kepada Muhammad yang mereka yakini sebagai Al-Muntrazar di Sardab Samarra. Ia (Imam Hasan Al-Askari) lahir pada tahun dua ratus tiga puluh dua Hijrah. – Ibnu Athir Al-Jazari, Izzuddin bin Al-Athir Abil Hasan Ali bin Muhammad (wafat pada tahun 630 Hijrah), Al-Kamil fi Al-Tarikh, jilid 6 halaman 249.
Sudah tentu perbahasan ghaibnya Imam Mahdi Al-Hujjah (a.s) di Samarra dan keghaibannya di Sardab perlu dibahaskan dan dibuktikan lagi di dalam artikel yang lain kerana perkara ini adalah satu tuduhan kepada pengikut mazhab Syiah. Selain itu pengikut Imamiyah tidak mempercayai keghaiban Imam Mahdi di Sardab Samarra.
5. Syamsudin Ibnu Khallikan (wafat pada tahun 681 Hijrah)
Ibnu Khallikan setiap kali menjelaskan tentang kelahiran Imam Mahdi, beliau pun sama seperti beberapa ulama Ahlusunnah yang lain menuduh Syiah dengan mata yang tertutup tanpa penelitian bahawa mereka mempunyai kepercayaan akan keghaiban Imam Zaman di Sardab selain menunggu kemunculan beliau di Sardab:
562 أبو القاسم المنتظر :
أبو القاسم محمد بن الحسن العسكري بن علي الهادي بن محمد الجواد المذكور قبله ثاني عشر الأئمة الاثني عشر على اعتقاد الامامية المعروف بالحجة وهو الذي تزعم الشيعة أنه المنتظر والقائم والمهدي وهو صاحب السرداب عندهم وأقاويلهم فيه كثيرة وهم ينتظرون ظهوره في آخر الزمان من السرداب بسر من رأى
كانت ولادته يوم الجمعة منتصف شعبان سنة خمس وخمسين ومائتين ولما توفي أبوه وقد سبق ذكره كان عمره خمس سنين واسم امه خمط وقيل نرجس والشيعة يقولون إنه دخل السرداب في دار أبيه وامه تنظر إليه فلم يعد يخرج إليها وذلك في سنة خمس وستين ومائتين وعمره يومئذ تسع سنين.
إبن خلكان، ابوالعباس شمس الدين أحمد بن محمد بن أبي بكر (متوفاى681هـ)، وفيات الأعيان و انباء أبناء الزمان، ج4، ص176، تحقيق احسان عباس، ناشر: دار الثقافة - لبنان.
562 Abul Qasim Al-Muntazar: Abul Qasim Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Al-Jawad adalah Imam Imam ke-dua belas berasaskan kepercayaan Syiah yang terkenal sebagai Al-Hujjah, beliau adalah orang yang diyakini Syiah sebagai Al-Muntazar, Al-Qaim dan Al-Mahdi. Beliau adalah Sahib Sardab. Banyak kata-kata mereka tentangnya dan mereka menantikan kemunculannya di akhir zaman dari Al-Sardab. Kelahirannya ialah pada hari Jumaat, pertengahan bulan Syaban, tahun dua ratus lima puluh lima, tatkala ayahnya meninggal beliau berusia lima tahun, nama ibunya ialah Khamt, sebahagian mengatakan namanya Narjis, Syiah mengatakan beliau memasuki Sardab dalam keadaan ayah dan ibunya melihat ke arahnya dan ghaib, kemudian tidak lagi kembali. Peristiwa ini terjadi pada tahun dua ratus enam puluh lima Hijrah dan umurnya pada ketika itu Sembilan tahun. – Ibnu Khallikan, Abul Abbas Syamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr (wafat pada tahun 681 Hijrah), Wafayat Al-A’yan Wa Anba Abna Al-Zaman, jilid 4 halaman 176.
6. Salahuddin Al-Shafdi (wafat pada tahun 764 Hijrah)
Seorang lagi ulama terkenal Ahlusunnah yang bernama Salahuddin Al-Shafdi menulis tentang Imam Mahdi (a.s) sebagai berikut:
الحجة المنتظر محمد بن الحسن العسكري بن على الهادي ابن محمد الجواد بن علي الرضا بن موسى الكاظم بن محمد الباقر بن زين العابدين على بن الحسين بن علي بن أبي طالب رضى الله عنهم الحجة المنتظر ثاني شعر الأيمة الأثني عشر هو الذي تزعم الشيعة انه المنتظر القائم المهدي وهو صاحب السرداب عندهم وأقاويلهم فيه كثيرة ينتظرون ظهوره آخر الزمان من السرداب بسر من رأى ولهم إلى حين تعليق هذا التاريخ أربع مائة وسبعة وسبعين سنة ينتظرونه ولم يخرج ولد نصف شعبان سنة خمس وخمسين.
الصفدي، صلاح الدين خليل بن أيبك (متوفاى764هـ)، الوافي بالوفيات، ج2، ص249، تحقيق أحمد الأرناؤوط وتركي مصطفى، ناشر: دار إحياء التراث - بيروت - 1420هـ- 2000م.
Al-Hujjah Al-Muntazar Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kazim bin Muhammad Al-Baqir bin Zainal Abidin Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhum adalah Imam ke-dua belas daripada Imam-Imam Syiah yang mereka yakini sebagai Al-Muntazar Al-Qaim Al-Mahdi, beliau adalah Sahib Sardab menurut mereka dan banyak lagi kata-kata mereka yang menantikan kezuhurannya di akhir zaman dari Sardab.. Mereka sehingga tanggal hari ini empat ratus tujuh puluh tujuh tahun sedang menanti beliau namun ia belum keluar. Beliau lahir pada nisfu Syaban tahun dua ratus lima puluh lima Hijrah. – Al-Shafdi, Salahuddin Khalil bin Aibak (Wafat pada tahun 764 Hijrah), Al-Wafi bil Wafayat, jilid 2 halaman 249.
7. Sibt Ibnu Al-Jawzi (wafat pada tahun 654 Hijrah)
Sibt ibnu Jawzi, cucu anak perempuan Al-Faraj Ibnu Al-Jawzi di zaman mazhab Hanbali yang berpindah ke mazhab Hanafi kemudiannya telah menulis tentang Imam ke-dua belas Syiah:
محمد بن الحسن بن علي بن محمد بن علي بن موسى بن جعفر بن محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب ، وكنيته أبو عبد الله وأبو القاسم وهو الخلف الحجة صاحب الزمان القائم والمنتظر والتالي وهو آخر الأئمة ، وقال : ويقال له ذو الإسمين محمد وأبو القاسم قالوا : أمه أم ولد يقال لها : صقيل.
سبط بن الجوزي الحنفي، شمس الدين أبوالمظفر يوسف بن فرغلي بن عبد الله البغدادي (متوفاى654هـ)، تذكرة الخواص، ص204، ناشر: مؤسسة أهل البيت ـ بيروت، 1401هـ ـ 1981م.
Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja’far bin Muhammad bin Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abi Talib, nama kuniyahnya ialah Abu Abdullah dan Abul Qasim, beliau merupakan Al-Khalaf Al-Hujjah Sahibul Zaman Al-Qaim dan Al-Muntazar, dan Imam yang terakhir. Dikatakan bahawa beliau mempunyai dua nama, pertama Muhammad dan kedua ialah Abul Qasim, mereka mengatakan bahawa ibunya seorang hamba yang bernama Shaqil. – Sibt Ibnu Jawzi Al-Hanafi, Shamsuddin Abul MuZaffar Yusuf bin Farghali bin Abdullah Al-Baghdadi (wafat pada tahun 654 Hijrah), Tazkiratul Khawash, halaman 204.
8. Khairuddin Zarkali (Wafat pada tahun 1410 Hijrah).
Khairuddin Zarkali merupakan ilmuan Wahabi di zaman ini yang menulis tentang Imam Mahdi sebagai berikut:
محمد بن الحسن العسكري الخالص بن علي الهادي أبو القاسم ، آخر الأئمة الإثني عشر عند الإمامية ، وهو المعروف عندهم بالمهدي ، وصاحب الزمان ، والمنتظر ، والحجة وصاحب السرداب ، ولد في سامراء ، ومات أبوه وله من العمر نحو خمس سنين ، ولما بلغ التاسعة أو العاشرة أو التاسعة عشر دخل سرداباً في دار أبيه ولم يخرج منه .
Muhammad bin Hasan Al-Askari Al-Khalis bin Ali Al-Hadi Abul Qasim, adalah Imam yang terakhir daripada dua belas para Imam menurut Syiah Imamiyah, beliau terkenal di kalangan mereka sebagai Al-Mahdi, Sahibuzzaman, Al-Muntazar, Al-Hujjah dan Sahibul Sardab. Beliau lahir di Samarra dan ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia sekitar lima tahun. Beliau memasuki Sardab tatkala usianya sembilan tahun atau sepuluh, atau juga sembilan belas tahun di dalam rumah ayahnya serta tidak pernah keluar.
Kemudian setelah menukilkan penegasan Ibnu Khallikan tentang keghaiban beliau di Sardab Samarra dan keluar darinya, Khairuddin Zarkali menafikan perkara ini sebagai berikut:
قال إبن خلكان : والشيعة ينتظرون خروجه في آخر الزمإن من السرداب بسر من رأى. إن الشيعة لا تنتظر خروج الإمام المصلح من السرداب في سامراء وإنما تنتظر خروجه من بيت الله الحرام ، وقد أشرنا إلى ذلك ودللنا عليه في كثير من بحوث هذا الكتاب.
خير الدين الزركلي (متوفاي1410هـ)، الأعلام قاموس تراجم لأشهر الرجال والنساء من العرب والمستعربين والمستشرقين ، ج6، ص80، ناشر: دار العلم للملايين ـ بيروت، الطبعة: الخامسة، 1980م
Ibnu Khallikan berkata bahawa Syiah menanti kemunculannya di akhir zaman dari Sardab di Samarra, sesungguhnya Syiah tidak menanti kemunculan Al-Imam Al-Muslih dari Sardab di Samarra, akan tetapi mereka menunggu kemunculannya di Baitullah Al-Haram. Kami telah menunjukkan tentang perkara tersebut dan kami telah berdalil di dalam banyak perbahasan dalam kitab ini. – Khairuddin Al-Zarkali (Wafat pada tahun 1410 Hijrah), Al-A’lam Qamus Tarajim Al-Rijal Wa Al-Nisa Min Al-‘Arab Wa Al-Musta’rabin Wa Al-Mustasyriqin, jilid 6 halaman 80
9. Al-‘Ashimi Al-Makki (wafat pada tahun 1111 Hijrah)
Al-‘Ashimi Al-Makki merupakan salah seorang ulama mazhab Syafi’i. Beliau menulis tentang kelahiran Imam Mahdi sebagai berikut:
الإمام الحسن العسكري بن على الهادي ... ولده محمدا أوحده وهو الإمام محمد المهدي بن الحسن العسكري بن على التقي بن محمد الجواد ابن على الرضا بن موسى الكاظم بن جعفر الصادق بن محمد الباقر بن على زين العابدين بن الحسين بن على بن أبي طالب رضي الله تعالى عنهم أجمعين.
ولد يوم الجمعة منتصف شعبان سنة خمس وخمسين ومائتين وقيل سنة ست وهو الصحيح أمه أم ولد اسمها أصقيل وقيل سوسن وقيل نرجس كنيته أبو القاسم ألقابه الحجة والخلف الصالح والقائم والمنتظر وصاحب الزمان والمهدي وهو أشهرها صفته شاب مربوع القامة حسن الوجه والشعر أقنى الأنف أجلى الجبهة ولما توفي أبوه كان عمره خمس سنين.
العاصمي المكي، عبد الملك بن حسين بن عبد الملك الشافعي (متوفاى1111هـ)، سمط النجوم العوالي في أنباء الأوائل والتوالي، ج4، ص150، تحقيق: عادل أحمد عبد الموجود- علي محمد معوض، ناشر: دار الكتب العلمية.
Al-Imam Al-Hasan Al-‘Askari bin Ali Al-Hadi… anaknya hanyalah Muhammad iaitu Al-Imam Muhammad Al-Mahdi bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Taqi bin Muhammad Al-Jawad ibnu Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kazim bin Ja’far Al-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain bin Ali bin Abi Talib Radhiallahu Ta’ala ‘Anhum Ajma’in. Beliau lahir pada hari Jumaat Nisfu Sya’ban tahun dua ratus lima puluh lima Hijrah, sebahagian mengatakan tahun dua ratus lima puluh enam Hijrah dan pandangan ini sahih. Ibunya seorang hamba bernama Ashqil, sebahagian mengatakan Susan, sebahagian yang lain mengatakan Nargis. Kuniyah beliau ialah Abul Qasim, laqabnya Al-Hujjah, Al-Khalafa Al-Shalih, Al-Qaim, Al-Muntazar, Sahibul Zaman dan Al-Mahdi. Sifatnya ialah orang muda, berukuran sederhana, wajah yang elok, rambut yang cantik, dan dahi yang luas. Tatkala ayahnya wafat, beliau berusia lima tahun. – Al-‘Ashimi Al-Makki, Abdul Malik bin Husain bin Abdul Malik Al-Syafi’i (wafat dalam tahun 1111 Hijrah); Samt Al-Nujum Al-‘Awali fi Anba’ Al-Awail Wa Al-Tawali, jilid 4 halaman 150.
10. Abu Muhammad Al-Yafi’i
وفيها وقيل في سنة ستين توفى الشريف العسكرى الحسن بن على بن محمد ابن على بن موسى الرضى بن جعفر الصادق بن محمد الباقر بن على زين العابدين ابن الحسين بن على بن ابى طالب رضى الله تعالى عنهم أحد الائمة الاثنى عشر على اعتقاد الامامية وهو والد المنتظر صاحب السرداب.
اليافعي، ابومحمد عبد الله بن أسعد بن علي بن سليمان (متوفاى768هـ)، مرآة الجنان وعبرة اليقظان، ج2، ص107، ناشر: دار الكتاب الإسلامي - القاهرة - 1413هـ - 1993م.
Pada tahun dua ratus enam puluh Hijrah, Al-Syarif Al-‘Askari Al-Hasan bin Ali bin Muhammad Ibnu Ali bin Musa Al-Ridha bin Ja’far Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin ibnu Al-Husain bin Ali bin Ali bin Abi Talib Radhiallahu Ta’ala ‘anhum, merupakan salah seorang Imam dua belas menurut pegangan Syiah Imamiyah. Beliau adalah ayah kepada Al-Muntazar Sahib Sardab. – Al-Yafi’i Abu Muhammad Abdullah bin As’ad bin Ali bin Sulaiman (wafat pada tahun 768 Hijrah), Maraatul Jinan Wa ‘Ibrayul Yaqzan, jilid 2 halaman 107.
11. Ibnu Al-Wardi (wafat dalam tahun 749 Hijrah)
ولد محمد بن الحسن الخالص سنة خمس وخمسين ومائتين ، ويزعم الشيعة أنه دخل السرداب في دار أبيه ب (سر من رأى) وأمه تنظر إليه فلم يعد إليها ، وكان عمره تسع سنين ، وذلك في سنة مائتين وخمس وستين ، على خلاف.
إبن الوردي - تاريخ إبن الوردي - في ذيل تتمة المختصر
Muhammad bin Al-Hasan Al-Khalis lahir pada tahun dua ratus lima puluh lima Hijrah, golongan Syiah percaya bahawa beliau masuk ke dalam Sardab di dalam rumah ayahnya dan ibunya menunggu kedatangannya, beliau tidak kembali lagi kepadanya. Usianya ketika itu sembilan tahun. Peristiwa ini terjadi pada tahun dua ratus enam puluh lima Hijrah. – Ibnu Al-Wardi, Tarikh Ibnu Al-Wardi
12- Ibnu Sibagh Al-Maliki (Wafat pada tahun 855 Hijrah)
ولد أبو القاسم محمد الحجه بن الحسن الخالص بسر من رأى ليلة النصف من شعبان سنة 255 للهجره ، وأما نسبه أباً وأماً فهو أبو القاسم محمد الحجه بن الحسن الخالص بن علي الهادي بن محمد الجواد بن علي الرضا بن موسى الكاظم بن جعفر الصادق بن محمد الباقر بن علي زين العابدين بن الحسين بن علي بن أبي طالب (ع) ، وأما أمه فأم ولد يقال لها : نرجس خير أمة ، وقيل : إسمها غير ذلك ، وأما كنيته فأبو القاسم ، وأما لقبه فالحجه والمهدي والخلف الصالح والقائم المنتظر وصاحب الزمان وأشهرها المهدي.
ابن صباغ المالكي المكي ، علي بن محمد بن أحمد (متوفاي855هـ) الفصول المهمة في معرفة الأئمة، ج2، ص682، تحقيق: سامي الغريري ، ناشر: دار الحديث ـ قم، 1380ش.
Abul Qasim Muhammad Al-Hujjah bin Hasan Al-Khalish lahir pada malam nisfu Sya’ban pada tahun 255 Hijrah… Laqabnya Al-Hujjah, Al-Mahdi, Al-Khalaf Al-Shalih, Al-Qaim Al-Muntazar, Sahibul Zaman dan yang terkenal ialah Al-Mahdi. – Ibnu Shibagh Al-Maliki Al-Makki, Ali bin Muhammad bin Ahmad (wafat pada tahun 855 Hijrah), Al-Fushul Al-Muhimmah fi Ma’rifah Al-A’immah, jilid 2 halaman 682.
Bahkan tokoh-tokoh Ahlusunnah yang lain seperti Qanduzi Al-Hanafi, Abdul Halim Al-Jundi, Sayid Abul Hasan Yamani, Shamsuddin Ibnu Thulun, Kamaluddin Al-Shami, Alamah Mulawi Al-Hindi, Allamah Uthman Al-Uthmani, Allamah Al-Hamdawi dan lain-lain lagi turut menukilkan kelahiran Imam Mahdi sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah (s.a.w) bahawa keadilan akan memenuhi bumi. Yang penting di sini ialah menjawab Ibnu Taimiyah yang mendakwa bahawa Imam Hasan Al-Askari telah meninggal dunia tanpa keturunan dan penerus.
Keputusan:
Apa yang Ibnu Taimiyah nukilkan daripada Tabari dan Abdul Baqi Ibnu Qani’ bahawasanya Imam Al-Askari telah meninggal dunia tanpa keturunan dan anak adalah pembohongan yang nyata. Perkara ini juga tidak ditemui di dalam kitab-kitab mereka.
Keduanya: Andainya kedua-dua mereka berkata demikian sekalipun, sudah tentu terbukti mereka berdua tidak mempunyai informasi tentang perkara ini sedangkan puluhan ilmuan sejarah Ahlusunnah yang lain berterus terang mengakui kelahiran Al-Hujjah Imam Al-Mahdi Al-Muntazar diiringi dengan catatan tanggal kelahirannya.