Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sekumpulan pendita Yahudi anti Zionis mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel sambil menuntut regim perampas tersebut ditamatkan riwayatnya serta bumi Palestin dibebaskan.
Kumpulan itu mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan agar mendengar suara warga Palestin yang ditindas serta mengakhiri jenayah regim Zionis di bumi yang dijajahnya.
Rabbi Davis Vice memberitahu Iran News Agency (IRNA) bahawa pemimpin-pemimpin Zionis hanyalah melanjutkan kekejaman terhadap warga Palestin,
Beliau berkata, kumpulan pendita tersebut mewakili bangsa Yahudi dalam menanggapi ketegangan memerangi negara haram Israel sambil mengharapkan kemenangan pergerakan itu.
Pendita-pendita menyatakan bahawa demonstrasi turut dianjurkan di hadapan kedutaan Israel, di Kanada dan United Kingdom.